BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, October 7, 2010

malam yg sepi...

Aku selalu inginkan yg terbaik tp akhirnya kecewa..
Aku selalu inginkan yg sempurna tp akhirnya kecewa..
Aku selalu inginkan yg terindah tp akhirnya kecewa..
Akhirnya sendiri.. Hiba
Aku tahu... Tidak semua yg terbaik,sempurna dan indah ada dlm kehidupan..
Ciptakanlah kesempurnaan,keindahan dan kebaikan itu walau sedikit..
Biar ianya bermakna untuk dihargai...

(Teluki 8 Okt 10- 01.18 a.m )

just a minute... :)


Lelaki perlu tahu yang perempuan:
  1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
  2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
  3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
  4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
  5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
  6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
  7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
  8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
  9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
  10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukanmenghanyutkann ya.
“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”

Perempuan juga perlu tahu yang lelaki:
  1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
  2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita…
  6. Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
  7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
  8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  9. Bila lelaki cakap..”Emm. tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  11. Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys!
  12. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  13. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…
  14. Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
  15. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan..:)
  16. Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
  17. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
  18. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…
  19. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
  20. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

beat of my heart......


Lyrics | Avenged Sevenfold lyrics - Dear God lyrics

me,myself and i

hai bertemu lagi kite dalam post cik teluki. Di sini just nk citer pasal pic ni jer.. Pic ni dirakamkan di Putrajaya.
Kalo korang sume tgok pic ni mest ckp aku mcm model kan muahahaha (aku da start perasantan).Tapi, ape2 jer lah..hanya sekadar suke2 untuk mengabeskan sisa2 cuti. enjoy laa yeaa hihihi...


Taman Warisan Pertanian

aku dan cahaya

any problem?

memories

First entry yang bole dikatekan serius hihihi...  pic ni masa aku konvo pada tahun 2009. Kenangan yang sangat bermakna cz akhirnya aku berjaya menghabiskan pengajian aku dengan jaya nyer hihihi.. pic ni nampak aku sgt bergaya tu pasal aku letak hahahaha :P jgn dengki semua.. Post ni pasal memories so aku sertakan pic member2 seperjuangan aku yg cun dan vouge sume nyer hahaha..bikin panas ini blog.. layannnnn...

bagaikan kesatria baju hijau muahaha

kami yang sihat dan kuat :D

aku cun taw ahahaha perasan :P sape yg dengki mesti komen

sume dah jadi insan berguna :)

dari kiri belakang: didi,ella,nom,nora. depan: tim,aku,anne dan zilla

dalam dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR)

cube teka mane kaki aku?
Finally baru la pic aku yg bergaya hahaha :D



akibat bosan

kerana bosan yg amat teluki telah  wat stu blog utk ckp sorg2 huhuhu..
hari ni sgt lapar dan order pizza ng spageti.. mkn with along..
mkn bnyk2 cz xde watpe kn.. busannnnnnnn